top of page

Pengenalan

Latar Belakang Syarikat

UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai UiNVEST adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh Universiti Malaysia Sabah (UMS). UiNVEST telah ditubuhkan pada 25 Mei 1999 dan diluluskan penubuhan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 1 Ogos 2006 dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 Ogos 2006.

​

Tujuan penubuhan UiNVEST secara dasarnya adalah untuk menjana pendapatan bagi pihak UMS melalui beberapa aktiviti perniagaan termasuk Pendidikan dan Latihan, Khidmat Rundingan dan Nasihat, Pengkomersilan produk dan perkhidmatan Universiti serta menerokai perniagaan baru melalui usahasama strategik dengan atau berkolaborasi bersama syarikat swasta lain.

​

​

​​

PROFIL KORPORAT
Sejarah Pelaksanaan Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di UINVEST

Pelaksanaan Amalan 5S bermula apabila Pihak Pengurusan UiNVEST menyahut cabaran serta mandat yang diberikan oleh YBhg. Datuk Ag. Buhtaman Ag. Mahmun selaku Pengerusi Kumpulan UiNVEST untuk melaksanakan "Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)" pada awal tahun 2018.

 

YBhg. Datuk Pengerusi Kumpulan berhasrat agar dengan pelaksanaan Amalan 5S ini, persekitaran tempat kerja di UiNVEST adalah lebih berkualiti serta memenuhi keselesaan, keselamatan yang mana ia menitikberatkan penjagaaan kebersihan agar dapat mewujudkan perkhidmatan yang efisyen dan efektif. Beliau telah memberikan tempoh 4 hingga 5 bulan untuk syarikat UiNVEST melaksanakan Amalan 5S ini

​

Sejurus, itu pihak Pengurusan telah melantik Konsultan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah  serta menubuhkan satu jawatankuasa untuk menggerakkan pelaksanaan Amalan 5s.

 

Aktiviti pertama yang diadakan bagi menggerak jawatankuasa yang dilantik bermula dengan Majlis Perasmian pada 27 Februari 2018 bertempat di perkarangan pejabat UiNVEST yang dirasmikan sendiri oleh YBhg Datuk Awang Buhtamam disaksikan oleh En. Izani bin Ishak, Pengarah MPC Sabah, Konsultan 5S iaitu En. Edward Binti serta seluruh kakitangan UiNVEST.

PELANCARAN AMALAN 5S

27 Februari 2018

Picture1.jpg
Upacara Perasmian
YBhg. Datuk Awang Buhtamam
Pengerusi Kumpulan/Pengarah Syarikat
Picture2.jpg
Sesi bergambar bersama 
YBhg. Datuk Awang Buhtamam
Pengerusi Kumpulan/Pengarah Syarikat
IMG_0122.JPG
Penerimaan Sijil 5S
15012019115830-0001.jpg
Sijil 5S MPC yang disahkan oleh
Dato' Mohd. Razali Hussain, selaku
pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia
bottom of page