top of page

Lawatan penanda Aras ke Syarikat Sedafiat

20 April 2018

Lebih daripada 20 kakitangan UiNVEST yang terdiri daripada Pihak Pengurusan, Ketua-Ketua Jabatan serta para kakitangan telah  mengikuti rombongan ke Syarikat Sedafiat Sdn Bhd.  bertempat di Metrotown, Kota Kinabalu dalam usaha untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat lagi keberkesanan amalan 5S yang telah dipraktikkan di Sedafiat.

 

Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi bermula dengan sesi taklimat dan tayangan "slide show"  yang meliputi beberapa aspek termasuk aktiviti Aamalan 5S, gambar lokasi pejabat (sebelum & selepas), gambar di sekitar kawasan operasi syarikat seperti di kawasan Hospital Kerajaan (Kudat, Beaufort dan lain-lain). Rombongan juga diberi taklimat senarai pengiktirafan yang diperolehi oleh pihak Sedafiat daripada beberapa pihak termasuk daripada Kementer

 

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiNVEST En Ramlan Awang Ali juga membuat lawatan ke unit dan zon yang mengamalkan amalan 5S di syarikat berkenaan.

​

Seterusnya, aktiviti lawatan diraikan oleh  YBhg. Datuk Awang Buhtamam yang mengucapkan tahniah kepada UiNVEST atas usaha pelaksanaan Amalan 5S serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian untuk membuat kunjungan ke Syarikat Sedafiat.

​

​

Taklimat Ringkas oleh Syarikat Sedafiat

Sebahagian ahli jawatankuasa Induk dan Ketua Zon

Kawasan Pejabat

Zon Penyimpanan Barang (Stor)

En. Ramlan Ag Ali menyampaikan cenderamata kepada YBhg Datuk Awang Buhtamam selaku Ketua Pegawai Eksekutif  Syarikat Sedafiat Sdn. Bhd.

bottom of page